Resepi Puding Buah Peach Terbaik

Alhamdulillah...sedap sangat puding buah peach ni...

Tak payah mana sebenarnya nak membuat puding ni. Bagi yang sedang mencari2 resepi puding buah pic terbaik, hah rasanya anda dah jumpa apa yang dicari..he he..
Jom cuba resepi ni..memang sedap secukup rasa, manis sederhana, kepejalannya tak lembut sangat tak keras sangat..sedang2 gitu... Alhamdulillah👍👍

RESEPI PUDING BUAH PEACH
Bahan2nya:
Agar2 bertali 1 plastik
Air 1 botol 1500nl(saiz botol besar air minuman)
Gula 1 ¾   cawan
Susu cair FN/Ideal satu tin
Tepung kastard 1 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Telor 2 biji
Esen vanilla satu sudu kecil
Daun pandan 2 helai
Buah peach/pic 1 tin

Cara:
Rendam sekejap agar2. Masak agar2 dengan air hingga agar2 larut sepenuhnya. Tapis. Kemudian dimasakkan semula bersama gula, air buah pic dan daun pandan yang disimpul. Masak lagi. Sementara itu campurkan kesemua bahan yang lain iaitu susu cair, telor, esen vanilla, tepung kastard dan tepong jagung (kecuali buah pic), kepok2 biar mesra kesemuanya baru dituang masuk ke dalam periuk agar2. Masak lagi hingga mendidih. Tutup api. Tuangkan agar2 ke dalam loyang yang berisi buah pic yang dipotong kiub. Sedia untuk disejukkan.

No comments:

Post a Comment