Resepi Cupcake Mudah

Bismillahirrahmanirrahim.



RESEPI CUPCAKE MUDAH
Bahan2:
1/2 cawan butter
3/4 cawan susu pekat atau 1/2 cawan gula
1 biji telur A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar air**(jika guna gula, air tukar kepada fresh milk)
Kacang badam dan choc chip untuk tabur atas cupcake


Cara membuatnya:

Panaskan oven serta loyang muffin 180°C. Putar butter dan susu pekat kemudian masukkan telur. Putar lagi sebelum dimasukkn lain2 bahan. Susun cup kertas dalam loyang muffin. Sudukan adunan 1/2 - 3/4 cup kertas. Tabur bahan hiasan. Bakar selama 15 minit.

*saya tak pakai cup kertas..kat rumah dah kehabisan cup kertas, jadi saya hanya lapikkan kertas yang digunting bulat sebagai alas di dasar loyang cupcake.. :)

Selamat ber'cupcake.' Amat mudah dan cepat nak mem


buatnya.... sekejap je ambik masa buat, kita dah boleh makan cupcake... Alhamdulillah :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Panduan untuk 4x ganda sukatan(buat di musim raya/ sebagai buahtangan):



2 tin susu pekat F&N
1½ ketul butter
4 biji telor gred B
4 cawan tepung 
4 sudu kecil baking powder
2 scop(penutup) esen vanila
8 sudu besar air
Bahan tabur: choc chip dan white choc



Wassalam.

1 comment: