Kek Red Velvet yang lazat

Alhamdulillah, kek Red Velvet menjadi kegemaran semua orang di rumah kami. Sangat sedap dan lazat sesuai dengan namanya velvet..lembut berbaldu gitu kejadiannya... he he

Kek Red Velvet ini amat sesuai kalau kita buat dalam saiz yang besar bila ada makan-makan kat rumah. InsyaAllah tetamu akan rasa teruja untuk ambik terai makan sepotong dua. Kami sebelum ini kalau ada acara makan2 selalunya buat samada kek carrot, kek chocolate moist atau kek black forest. InsyaAllah selepas ini akan buat kek Red Velvet bagi merai'kan tetamu yang datang... 

Nak tau? Ini kali ke 2 saya buat Red Velvet pakai tepung mix readymade yang ada jual kat kedai bahan kek tu. Senang pakai mix je, takyah susah2 nak sukat2 bahan. Hanya  perlu ditambah telor dan minyak je... senang.. dah boleh makan kek Red Velvet yang lazat.


Bagi yang tak nak pakai tepung yang yang dah mix tu, boleh lah buat Red Velvet pakai resepi yang sering saya guna sebelum ni.


Resepi Red Velvet Cake

Bahan 1:
2 biji telor
1 cawan buttermilk 
1/2 cawan (113g)butter
1 sudu teh vanilla
pewarna merah *food colouring*

Bahan 2:

2 1/4 cawan tepung
1 1/2 cawan gula
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan 3:

1 sudu kecil baking soda
1 sudu teh cuka

Cara membuatnya:

Panaskan oven 190' beserta loyang yang dah disapu minyak/margerin.
Campur kesemua bahan 1, putar sekejap je.
Dalam mangkuk lain, tapiskan kesemua bahan 2.
Satukan bahan 1 dan 2. Kacau2kan dengan senduk kayu biar mesra kedua2nya.
Campurkan bahan 3, kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dallam loyang yang dilapik kertas. Bakarkan selama 30 - 35 miinit.
Sementara itu boleh lah diputar cheese cream untuk frosting.
Tunggu sejuk kek baru disapu cream cheese di atasnya.

Bahan untuk frosting: 

250g cream cheese
100g butter
1 cawan gula *blend halus biar jadi macam tepung*
Putar semua bahan biar jadi gebu.


No comments:

Post a Comment