Zikir Tanaman Syurga

nice

Bismillahirrahmanirrahim

Suatu waktu dulu saya dan kawan2 pernah di-maklumkan dalam satu majlis ilmu tentang Zikir Tanaman Syurga. Ustaz mengingatkan agar kami sentiasa ingat untuk berzikir kepada Allah.  Mulut dan hati berzikir mengingati Allah dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir mahupun bertahlil tak kira samada kita sedang berkenderaan, berada di dalam rumah, di pejabat atau sedang melakukan apa jua pekerjaan.  Dengan sering berzikir InsyaAllah ianya dapat meninggikan darjat kita di akhirat kelak.

Makluman tentang Zikir Tanaman Syurga telah bertahun-tahun berlalu sehinggalah saya terjumpa balik tentang perkara ini yang turut ada dinyatakan di dalam: 
(1) Buku kesayangan saya iaitu "Jagalah Allah, Allah Menjagamu", tulisan Dr 'Aid bin Abdullah Al-Qarni.

Petikan tulisan Dr. 'Aid dari buku tersebut....

Dalam satu hadith dhaif yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, bahawasanya takkala Rasulullallah SAW mi'raj (naik) ke langit, Baginda Nabi SAW bertemu Nabi Ibrahim a.s yang kemudiannya berkata kepada baginda SAW:

Wahai Muhammad, sampaikanlah salamku kepada umatmu, 
 dan beritahu mereka bahawa Syurga mempunyai beberapa lembah, dan tanamannya adalah 'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallah hu Akbar'(Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar)  
(HR At-Tirmidzi, no.3462. 
Majma' AZ-Zawa'd no.16863; dan 
Al-Misykat no.2315)


(2) Kitab Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Soleh) - Imam Nawawi

Dari Ibnu Mas'ud ra., katanya: Rasulullah SAW bersabda:  "Saya bertemu Nabi Ibrahim as pada malam saya diisra'kan, lalu beliau berkata:  "Hai Muhammad, sampaikanlah salam saya kepada ummatmu dan beritahukanlah kepada mereka bahasanya Syurga itu bagus tanahnya, tawar airnya dan bahawasanya ia adalah merupakan tanah datar yang rata dan benih tanaman Syurga itu ialah:  Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu Akbar."
(Diriwayatkan oleh Imam Termizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan).



Oleh kerana itu, yang diminta dari seorang Muslim ialah 
  • dia sentiasa menghidupkan rumahnya dengan zikir-zikir seperti ini,
  • Al-Quran masuk ke dalam rumahnya, 
  • dakwah masuk ke dalam rumahnya, 
  • iman masuk ke dalam rumahnya 
  •  serta mengeluarkan segala sesuatu yang mengundang murka dan seksa Allah dari rumahnya, 
  • supaya rumahnya menjadi rumah orang yang beriman dan istiqamah.
...aminn..ya rabbal alamin...



No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...